Politik PAS Abby Abadi

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.[1] Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'.[2] Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.